Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer

Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.